Ahad, 9 Disember 2012

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

MASA
KELAS
MATA PELAJARAN


          ISI PELAJARAN


        AKTIVITI


        CATATAN

-
TAHUN 2

9.00 – 10.00  PAGI

SET INDUKSI

Gambar


hantaran-tunang.jpg

-Guru melekatkan gambar di papan putih.
-Murid mencuba meneka gambar yang dipaparkan.
-soalan dari guru
- pernah kamu melihat gambar tersebur?
- Cuba kamu teka apakah suasana itu?
-Murid menjawab gambar hantaran






LANGKAH 1

PERKAHWINAN NABI  MUHAMMAD DENGAN KHADIJAH

-          SIFAT NABI YANG TERPUJI
1.RAJIN
2.SABAR
3.AMANAH
4.JUJUR



-Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan
-Setiap kumpulan mendapat satu sampul surat.
-Setiap kumpulan dikehendaki mencantumkan puzzle.
-ketua kumpulan dikehendaki  membaca perkataan yang dicantumkan.



Nilai :
-Bekerjasama

-Tolak ansur.

-Cuba jaya.



LANGKAH 2

KELEBIHAN SIFAT-SIFAT NABI YANG TERPUJI.
-Khadijah tertarik dengan akhlak nabi.
-Perniagaan Khadijah yang diuruskan oleh nabi Muhammad bertambah maju.


http://images04.olx.com.my/ui/4/40/59/1267605149_77733159_1-Pictures-of--Perniagaan-Kiosk-Dlm-Mall-Utk-Dijual.jpg


-Guru menyenaraikan sifat-sifat nabi.
-menceritakan kelebihan sifat-sifat itu sehingga Khadijah tertarik.
-sifat itu juga menyebabkan perniagaan Khadijah bertambah maju.



Nilai :
Contohi sifat-sifat terpuji nabi.





LANGKAH 3


UMUR KHADIJAH DAN NABI MUHAMMAD BERKAHWIN.

45

25


-Mencari nombor yang tersembunyi dalam gambar.

-Murid menyebut nombor yang mereka temui dalam gambar.



PENUTUP



RUMUSAN

Murid  menjawab soalan  sebagai  rumusan kepada pelajaran hari ini.


Selasa, 27 November 2012

D20112054599
711228025732
KUMPULAN EL-A14
PENSYARAH: DR JAMILAH BT. HAMID

PENDIDIKAN ISLAM



                                             SIRAH
                                           TAHUN 2


 


PERKAHWINAN RASULULLAH DAN KHADIJAH AL-KHUWAILID
Menjadi orang kepercayaan menguruskan barang dagangan Khadijah, Nabi Muhammad SAW menjalankan segala urusan dengan penuh amanah. Gelaran ‘Al-Amin’ yang diberi kepadanya memang benar dan kerana itulah jua, nama Muhammad tersebar luas di kota Makkah sebagai seorang pemuda yang amanah. 
Dikatakan, pernah ketika pulang dari membawa dagangan, Maisarah, pembantu Khadijah menyampaikan kekaguman terhadap Nabi Muhammad. Segalanya bagi membuktikan kebesaran jiwa insan bergelar Al-Amin itu. 
“Di Busra, Al-Amin duduk di bawah pokok untuk beristirehat. Seorang pendita yang sedang duduk di biaranya, kebetulan melihatnya. Dia datang kepada saya sambil bertanyakan nama Muhammad kepada saya. Kemudian dia berkata ‘Orang yang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang tentangnya telah saya baca banyak khabar gembira di dalam Taurat dan Injil.” cerita Maisarah.

KHADIJAH, WANITA ISLAM PERTAMA
Walaupun Nabi Muhammad sudah melibatkan diri di dalam perniagaan, baginda masih memerlukan pertolongan kewangan dari bapa saudaranya, Abu Thalib. Urusan perniagaannya belum mantap untuk membolehkan baginda memilih pasangan dan mendirikan rumahtangga. Namun, perjalanan terakhirnya ke Syria, sebagai wakil dagang wanita kaya dan terkenal Khadijah, akhirnya memulihkan kewangan dan ekonominya. Keberanian dan kecekapannya menimbulkan penghormatan Khadijah. Khadijah menyatakan kesediaan untuk membayar lebih banyak dari yang dijanjikan pada awalnya. Namun, Nabi hanya mahu menerima upah yang sudah disepakati sebelumnya. Ia lalu kembali ke rumah Abu Thalib dan menyerahkan semua yang ia perolehi, untuk membantu bapa saudaranya itu.
Abu Thalib menunggu anak saudaranya itu dengan gelisah. Matanya basah begitu melihat Nabi. Bagaimanapun, ia sangat senang ketika mengetahui kejayaan usaha Muhammad dan keuntungan yang diperolehinya. Abu Thalib lalu mengungkapkan keinginannya menyerahkan dua kuda dan dua unta kepadanya, supaya ia dapat meneruskan usahanya. Mengenai wang yang Nabi perolehi dan yang telah diserahkan kepadanya, Abu Thalib memutuskan untuk memanfaatkannya dalam memilih isteri untuk Muhammad.
Pertanyaannya : Bagaimana pilihannya boleh jatuh pada Khadijah, padahal sebelumnya wanita itu telah menolak lamaran orang-orang Quraisy paling kaya dan berpengaruh, seperti ‘Uqbah bin Abi Mu’ith, Abu Jahal, dan Abu Sufyan? Apakah yang menyatukan dua orang yang hidupnya sangat berbeza, yang pada akhirnya menciptakan hubungan mesra, cinta dan kebahagiaan sehingga Khadijah menyerahkan seluruh hartanya kepada Muhammad untuk digunakan di jalan tauhid dan menjunjung kebenaran? Bagaimana mungkin, rumah yang penuh perabot yang bertakhtakan gading dan mutiara serta berhiaskan sutera India dan gorden emas buatan Iran akhirnya menjadi tempat berlindung kaum Muslimin?
Namun, segalanya terjawab kerana pengorbanan diri Khadijah. Ia bersumber dari rohani. Sejarah membenarkan bahawa perkahwinan ini adalah buah dari iman Khadijah kepada kesolehan, kejujuran, kebajikan dan kisah kejayaannya.
Kerana suci dan bijak, ia ingin berkahwin dengan lelaki soleh yang baik. Berdasarkan inilah Nabi berkata tentangnya, “Khadijah adalah salah seorang wanita yang paling mulia di syurga.”
Dialah wanita pertama yang beriman kepada Muhammad. Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Tidak ada keluarga Muslimin lain kecuali keluarga yang terdiri dari Muhammad, isterinya Khadijah dan saya sebagai ahli keluarga yang ketiga, yang mula-mula memeluk Islam. “
KHADIJAH TERTAWAN KEPADA NABI
Sejarah menyebut, Khadijah terdorong mengahwini Nabi atas dasar kerohanian. Perkahwinan ini tiada kaitan dengan aspek material. Ada beberapa kisah yang terjadi saat hati Khadijah terbuka untuk mengahwini Nabi.
• Ketika mendengar cerita yang disampaikan oleh Maisarah tentang keajaiban yang dilalui dan kenyataan dari pendita, perasaan Khadijah tergugat. Amat tertarik hatinya terutama dari sisi kerohanian Nabi sehingga ia berkata kepada Maisarah, “Maisarah, cukuplah itu. Engkau sudah melipatgandakan perhatian saya kepada Muhammad. Sekarang saya bebaskan engkau dan keluargamu, saya serahkan kepadamu dua ratus dirham, dua ekor kuda dan sehelai baju berharga.”
• Khadijah pernah membawa khabar itu kepada Waraqah bin Naufal, ahli Injil yang buta. Waraqah menjawab “Orang yang memiliki sifat-sifat itu adalah Nabi berbangsa Arab.”
• Pernah ketika sedang duduk bersama pelayan perempuan dan seorang pendita Yahudi turut menyertai mereka. Kemudian Nabi lalu dan pendita itu dapat mengamati tanda-tanda kerasulan pada baginda. Khadijah yang bimbangkan keselamatan Muhammad cuba bertanya kepada pendita tetapi dijawab.
“Tidak mungkin ada orang yang mengganggu Muhammad padahal takdir telah mengangkatnya untuk risalah terakhir dan untuk menuntun manusia.”
Khadijah bertanya “Berdasarkan apa yang tuan katakan dia akan memegang kedudukan ini?”
Pendita itu menjawab “ Saya telah membaca tanda-tanda Nabi terakhir dalam Taurat. Tanda-tandanya termasuk tiga hal, iaitu orang tuanya meninggal, datuk dan bapa saudaranya memeliharanya dan ia memilih isteri dari wanita Quraisy”.
Sambil memandang Khadijah, dia menyambung “ Berbahagialah orang yang mendapat kehormatan untuk menjadi pasangan hidupnya.”
• Waraqah sering berkata “ Seorang lelaki akan dibangkitkan Allah dari kalangan Quraisy untuk membimbing masyarakat. Dia akan mengahwini salah seorang wanita terkaya Quraisy.” Ketika itu, hanyalah Khadijah wanita terkaya Quraisy dan Waraqah sering pula menyebut “ Saatnya akan tiba engkau akan berkahwin dengan orang yang paling mulia di muka bumi!”
• Suatu malam, Khadijah pernah bermimpi matahari berputar di atas Kota Makkah. Matahari itu lalu turun perlahan-lahan dan kemudian mendarat di rumahnya. Khadijah meminta Waraqah mentakwilkan mimpi itu dan diberi penjelasan “Engkau akan berkahwin dengan orang besar dan dia akan menjadi terkenal di seluruh dunia.”
Semua peristiwa dan bukti inilah yang menambah kepada terdorongnya rasa hati Khadijah terhadap Nabi. Apatah lagi Khadijah amat yakin dengan kerohanian dan akhlak Nabi yang mulia dan tinggi.
PERKAHWINAN YANG SUCI
Tiba saat dan masanya, hati manusia itu berupaya dibolak-balikkan oleh Allah SWT sebagaimana mudahnya kita membalikkan telapak tangan. Namun, bukan kerana cinta biasa, Khadijah mulanya memendam rasa terhadap kenyataan bahawa dia mencintai Nabi. Belum ada lagi dalam keturunannya yang mana wanita datang melamar lelaki. Malah, jika dia melakukan itu, belum tentu lamarannya akan diterima.
Kebanyakan riwayat menceritakan Khadijah menyampaikan lamarannya melalui Nafsiah bt Aliyah.
Dengan penuh berbahasa Nafsiah berkata “ Wahai Muhammad, mengapa tidak tuan sinari kehidupan malam tuan dengan seorang isteri. Apakah tuan akan menyambut dengan senang hati jika saya mengundang tuan kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan?”
Nabi lantas bertanya “Apakah maksudmu itu?”
Lalu Nafsiah menyebut nama Khadijah.
“Apakah Khadijah bersedia untuk itu? Padahal dunianya dan dunia saya sangat berbeza.”
Nafsiah hanya berkata “ Saya mendapat kepercayaan dari dia dan akan membuat dia bersetuju. Tuan hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi tuan beserta kaum kerabat tuan. Kelak majis perkahwinan dapat diatur dan dijalankan.”
Sebaik berita itu dikhabarkan kepada Abu Thalib, dia menyambutnya dengan hati terbuka. Persiapan pun dilaksanakan. Orang-orang besar Quraisy pun dijemput sama menghadiri majlis itu. Dalam ucapannya, Abu Thalib berkata “ Anak saudara saya, Muhammad bin Abdullah lebih utama daripada sesiapapun di kalangan suku Quraisy. Walaupun ia tidak berharta, kekayaan adalah bayangan yang berlalu. Tetapi asal usul dan salasilah adalah kemuliaan.”
Upacara perkahwinan yang suci pun dilaksanakan dengan gilang gemilang. Maharnya ditetapkan empat ratus dinar. Ada juga riwayat yang menyebut maskahwinnya dua puluh ekor unta.
Perkahwinan itu berlangsung ketika Nabi berusia 25 tahun manakala Siti Khadijah berusia 40 tahun. Termaterinya ikatan perkahwinan itu, Nabi tidak keseorangan lagi dan sempurnalah fitrah berpasang-pasangan seperti yang dijanjikan Allah SWT kepada setiap manusia.
Khadijah, satu-satunya isteri yang amat dikenang Nabi meski saat ia telah pergi menghadap Ilahi. Kasih sayang, ingatan cinta dan layanan yang pernah diberi oleh Khadijah sangat berkesan kuat di hati Nabi. Kecintaan itu sehingga pernah membangkitkan cemburu Aisyah, salah seorang isteri Nabi.
Aisyah berkata :
“Saya kesal kerana tidak sempat melihat dan mengenal Khadijah. Saya kagum dengan keramahan dan cinta yang diungkapkan Nabi ke atasnya. Kerana suami tersayangnya ini selalu mengenang Khadijah lebih daripada sesiapa pun. Jika baginda menyembelih domba, baginda mencari teman-teman Khadijah untuk membahagikan dagingnya.”
“Suatu hari, ketika sedang melangkah keluar rumah, Nabi mengingat Khadijah lalu berdoa untuknya. Akhirnya saya tak dapat mengendali diri dan terkeluar kata-kata dari mulut saya “Dia itu tidak lebih dari sekadar perempuan tua. Allah telah memberikan kepada tuan yang lebih baik daripadanya.”
“Ketika itu, jelas kata-kata saya tidak disukai Nabi. Tanda marah terlihat di dahinya. Baginda berkata padaku “Sama sekali tidak..saya tidak mendapatkan yang lebih baik selain daripadanya. Dia percaya pada kerasulan saya ketika semua orang tenggelam dalam kekafiran dan kemusyrikan. Dia rela menyerahkan hartanya kepada saya di saat penuh ujian. Melalui dia, Allah memberikan kepada saya keturunan, yang tidak saya dapatkan dari orang lain.”
Terima kasih kepada sumber, Kisah Kehidupan Nabi Muhammad, Rasulullah SAW (Bil 3) terbitan Darul Nu’man.

Jumaat, 16 November 2012

KEISTIMEWAAN MANUSIA

Manusia dilahirkan dengan keadaan berakal fikiran mempunyai mata hati dan daya kesedaran , sebagaimana ia mempunyai naluri pancaindera dan perasaan , 
Jelasnya manusia menurut keadaan semulajadinya
1. terpengaruh dengan segala yang difikirkan dan dilihatnya
2. menghargai sebarang budi dan kebaikan dan menghormati tempat terbitnya serta bersyukur dan berterima kasih kepada pemberiNya.
3. mengagongkan yang mempunyai kebijaksaan dan pengetahuan yang lebih tinggi daripadanya serta menghormatinya.
tunduk patuh kepada yang mempunyai kekuasaan yang mengatasinya.
5. mencintai keamanan , keadilan dan kesejahteraan.